fbpx

Kekalkan pemakaian pelitup muka, sanitasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri

PUTRAJAYA – Kekalkan pemakaian pelitup muka dan sanitasi tangan di masjid dan surau sebagai langkah pencegahan berterusan.

Itu saranan dikemukakan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berhubung pengumuman SOP baharu aktiviti solat jemaah di masjid dan surau oleh kerajaan hari ini.

Zulkifli berkata, beliau mahu pihak berkuasa agama negeri terus mengekalkan SOP berkenaan bagi mengawal penularan Covid-19 d masjid dan surau.

“Kita perlu terus menjadikan masjid dan surau sebagai contoh terbaik pelaksanaan dan pematuhan SOP,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan, aktiviti solat jemaah di masjid dan surau boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April ini.

Zulkifli berkata, beliau juga pasti pihak berkuasa agama negeri sedang meneliti usul dan pengumuman baharu oleh kerajaan itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI