fbpx
Mohammad Sahar bersama Pengasas Quantum Metal, Datuk Lim Khong Soon (tengah) menunjukkan dokumen perjanjian di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Simpan emas dengan nilai serendah RM10 sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Keterujaan masyarakat membeli dan menyimpan emas sebagai salah satu cabang pelaburan mereka dilihat sangat ketara apabila pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  yang menyebabkan orang ramai beralih kepada pelaburan emas sebagai pilihan  utama.

Mengambil peluang daripada fungsi emas yang kekal selamat meskipun berlakunya pelbagai krisis termasuk perang, Dewan Perdagangan Malaysia Malaysia (DPIM) telah mengorak langkah dalam segmen pelaburan emas bertujuan untuk memberi manfaat kepada ahli dan orang ramai untuk tempoh jangka  pendek dan sederahana.

DPIM  bekerjasama dengan Quantum Metal Sdn. Bhd. (Quantum Metal) dalam menjalankan aktiviti jual beli dan pelaburan emas secara digital dan  patuh syariah dengan menggunakan instrumen Komoditi Murabahah.

Kosmo! Berkesempatan menemubual Presiden DPIM, Mohammad Sahar Mat Din baru-baru ini untuk menjelaskan lebih lanjut penglibatan DPIM di dalam transaksi jual beli dan pelaburan emas.

Menurut beliau,  simpanan emas yang  tiada rosot nilai dan fungsi salah satu produk yang boleh ditukarkan sehingga 85 peratus daripada simpanan emas kepada mata wang  antara ciri menarik yang akan menggalakan lebih ramai melabur dalam produk yang ditawarkan.

Mohammad Sahar

Kosmo!: Mengapa DPIM memilih emas sebagai salah satu inisiatif terbaharunya?

Mohamad Sahar: Kami mahu menawarkan penyelesaian dalam pemulihan  ekonomi dengan menggunakan produk- produk emas dan memberi manfaat kepada ahli dan orang ramai  terlibat dalam perniagaan emas patuh syariah.

Masyarakat kita  khususnya suka melabur kerana ada juga yang terbabit dalam pelaburan yang bukan patuh syariah. Selain itu, berbanding portfolio pelaburan lain, pelaburan emas tidak pernah susut nilainya dan jika kira secara kumulatif, pertumbuhan peningkatan harga emas telah mencecah kepada 607 peratus dalam tempoh 24 tahun .

Jadi di sini kami mahu merebut peluang  terbaik ini dalam suasana masyarakat begitu teruja membeli emas semasa pandemik lalu, jadi kami mahu meningkatkan pulangan pelaburan dan pembelian emas  bersandarkan teknologi digital.

Ia  juga merupakan perniagaan masa hadapan kerana berasaskan teknologi digital dan patuh syariah serta mengamalkan pendekatan gig ekonomi.

Bagaimana cara untuk menyakinkan masyarakat bahawa pelaburan ini selamat?

Terlalu banyak penipuan sekarang ini yang melibatkan orang ramai. Kami telah bekerjasama dengan Quantum Metal Exchange Inc Quantum Metal, sebuah syarikat Fintech berasaskan bullion serta memperkasakan usahawan dan perniagaan di semua peringkat dalam industri logam berharga melalui teknologi canggih.

Kami telah berbincang kira-kira enam bulan  sebelum bekerjasama bagi merealisasi atau solusi yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat sehingga ke peringkat global . Saya sendiri telah membuat pelbagai pemeriksaan dengan  Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan juga Bank Negara Malaysia.

Berapa ramai yang telah menjadi pelanggan?

Sejak tahun lalu dan sehingga sekarang, Quantum Metal  memiliki lebih daripada 100,000  pemegang akaun dengan melibatkan transaksi  sehingga RM1.5 bilion bagi tahun 2021 .  Quantum Metal mengunjurkan jumlah ini bertambah kepada RM3 bilion pada tahun ini.

gambar hiasan

Boleh jelaskan tentang produk pelaburan di bawah skim ini pelaburan emas digital ini?

Terdapat tiga jenis akaun di bawah pelaburan ini iaitu Akaun Simpanan Emas (GSA), Akaun Tukaran Emas (GCA) dan ketiga iaitu Tingkat Aset Emas (GAE5X dan GAE10X).

GSA bertujuan menggalakkan orang ramai membuat simpanan emas  kerana sifatnya yang sentiasa meningkat dan kalis inflasi.  melihat kepada kajian pasaran, dalam tempoh dari 1996 hingga tahun lalu, nilai kasar purata pertumbuhan emas adalah kira-kira 25 peratus.

Produk kedua GCA pula memberi peluang kepada mereka yang ada simpanan emas dalam akaun dapat menukar nilai emas kepada mata wang . Jumlah  tukarannya adalah sebanyak 85 peratus. Sebagai contoh jika simpanan ahli adalah sebanyak RM10,000 di dalam akaun dan individu tersebut mahu menggunakan duit  maka daripada jumlah  RM10,000 tersebut akan mendapat  tunai sebanyak  RM8,500.

Produk GCA ini juga mengenakan caj sebanyak 3.5 peratus setahun dan tidak ada tempoh masa untuk menebus semula emas. Dengan kaedah ini mengambil kira kenaikan emas sebanyak purata 20 peratus setahun diunjurkan dalam masa  lima tahun pengguna produk GCA ini akan dapat membiayai perbelanjaan dan upah simpan yang dikenakan.  Malah mereka juga akan berpeluang untuk menikmati pulangan daripada kenaikan emas tersebut .

Produk ketiga pula, GAE5X dan GAE10X  memberi peluang kepada pelabur untuk menggandakan nilai emas yang dimiliki sehingga 10 kali ganda dengan menggunakan kaedah pembiayaan secara Komoditi Murabahah.  Mereka boleh mengambil keuntungan bila-bila masa berdasarkan harga emas semasa.

Bagaimana kah keuntungan produk GAE ini diperolehi secara berganda?

Melalui kemudahan pembiayaan tawwaruk , pelabur akan berpeluang menikmati keuntungan setiap kali berlaku pergerakan harga emas sepanjang tahun. Contohnya, bila emas naik lima peratus, maka pelabur akan menikmati keuntungan sebanyak 50 peratus.

Siapakah kumpulan sasaran penyimpanan emas ini?

Ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas untuk membuka akaun. Mereka yang disenaraihitamkan oleh institusi kewangan, disenaraikan di CCRIS dan CTOS, ataupun muflis tetapi perlu memiliki akaun bank. Nilai pembelian emas juga adalah serendah RM10.

Apa peranan DPIM dalam pengoperasian pembelian emas?

Kami menjadi perunding dan konsultan kepada masyarakat yang berminat untuk menyimpan dan melabur dalam skim emas ini. DPIM juga sedia melatih orang ramai yang berminat untuk menjadi perunding emas patuh syariah.

Para perunding ini  akan menasihati pelanggan masing-masing sama ada untuk membeli atau menjual pada masa yang tepat selain membantu mereka mencari lebih ramai pelanggan di bawah kendalian untuk terlibat dalam skim penyimpanan emas ini. Saya tegaskan di sini, ia bukan perniagaan MLM (pemasaran pelbagai peringkat).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN