fbpx

Imej ‘nakal’ Choi Yi-hyun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOI YI-HYUN

PELAKON yang baru mengorak langkah dalam bidang lakonan pada tahun 2017, Choi Yi-hyun tampil mengejutkan peminat dengan imej gadis liar.

Bintang popular drama How To Buy a Friend itu menampilkan sisi berbeza ketika menjalani sesi fotografi bersama majalah W Korea.

Dia yang memiliki raut wajah manis tampil dengan imej ‘nakal’. Rambutnya diikat tocang dua berbeza dengan watak yang dipegangnya dalam siri Netflix fenomena, All of Us Are Dead.

Menerusi siri berkenaan, Yi-hyun menjayakan watak seorang pelajar sekolah yang bijak serta tidak menimbulkan masalah.

Siri Netflix berkenaan mengangkat nama Yi-hyun yang memegang watak sebagai Nam-ra, salah seorang pelajar yang terpaksa berkurung dalam sekolah akibat virus zombi mula merebak.

Pelakon jelita berusia 23 tahun itu sebelum ini pernah meraih populariti menerusi drama popular Hospital Playlist dengan memegang watak sampingan sebagai pelatih perubatan bergelar Jang Yun-bok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI