fbpx
PENJAWAT awam yang ditangkap ketika bercumbuan di Putrajaya sanggup menyogok penguat kuasa untuk melepaskan diri. – GAMBAR HIASAN

Sogok RM3,000 tutup skandal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Segelintir penjawat awam di Putrajaya yang sudah berumah tangga didakwa sanggup menyogok sehingga RM3,000 kepada penguat kuasa untuk melepaskan diri sekiranya ditangkap ketika melakukan hubungan intim dengan skandal masing-masing.

Sumber memberitahu, tindakan merasuah penguat kuasa dilakukan kerana tidak mahu tembelang mereka pecah sekali gus akan berdepan risiko dibuang kerja.

Katanya, ada penjawat awam yang ditangkap dengan skandal ketika berasmara dengan rakan sepejabat di pejabat, kawasan parkir, taman rekreasi dan kuarters ketika waktu rehat dan selepas waktu be­kerja.

“Ada yang berbohong kepada pasangan bahawa mereka perlu melakukan kerja lebih masa sedangkan pergi berjumpa kekasih gelap untuk berasmara.

“Lelaki dan perempuan berstatus suami atau isteri orang itu sanggup menyogok antara RM1,000 hingga RM3,000 kepada pihak berkuasa semata-mata hendak melepaskan diri sekiranya ditangkap.

“Sudah 10 tahun saya ber­khidmat di sini dan tak sanggup lagi menyembunyikan perkara terkutuk yang berlaku di pusat pentadbiran kerajaan ini kerana sudah berlanjutan sejak sekian lama tanpa pemantauan ketat,” katanya kepada Kosmo!.

PENJAWAT awam di Putrajaya yang ditangkap khalwat memberi alasan ada masalah rumah tangga. – GAMBAR HIASAN

Cerita sumber itu, terlalu ba­nyak kes suami dan isteri orang menjalinkan hubungan terla­­rang de­ngan rakan sepejabat dan mereka melakukannya ketika waktu rehat sama ada tengah hari atau malam.

Menurut sumber itu, dianggarkan sebanyak dua atau tiga kes pasangan dicekup setiap bulan dan mereka memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri.

Tambahnya, antara alasan digunakan ialah mempunyai masalah rumah tangga dengan suami atau isteri masing-masing atau kononnya dalam proses untuk bercerai.

“Kegiatan terkutuk itu seakan menjadi-jadi kerana ada penguat kuasa yang menerima bayaran daripada pasangan yang ditangkap seolah-olah mereka tidak takut kepada undang-undang,” katanya.

Tambah sumber itu, setiap pasangan akan menawarkan RM1,000 hingga RM1,500 untuk melepaskan diri dan ada yang sanggup mengeluarkan RM3,000 kerana risau bakal kehilangan kerja sekiranya kesalahan itu diketahui pihak atasan dan pasangan masing-ma­sing.

Dedah sumber tersebut lagi, antara lokasi yang menjadi pilihan pasangan untuk melampiaskan nafsu ialah di kuarters salah seorang pasangan, pejabat dan beberapa lokasi tersorok seperti parkir kereta di stesen bas atau taman-taman rekreasi di sekitar Putrajaya.

“Tidak dinafikan ada yang membawa pasangan mereka ke kuarters pada waktu rehat kerana rata-rata jiran yang juga penjawat awam tiada di rumah pada waktu itu. Masa yang diperlukan bukan lama iaitu dalam tempoh satu jam waktu rehat,” katanya.

Ujar sumber itu, hubungan intim di kawasan parkir biasanya dilakukan pada waktu malam dan ada yang memberi alasan kepada pasangan sibuk di pejabat dan perlu bekerja lebih masa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN