fbpx

KTIP bernilai RM680 juta mula beroperasi tahun 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (tengah) bersama Burhanuddin Hilmi (dua dari kiri) pada majlis pelancaran KTIP di Kertih, Kemaman.

KEMAMAN – Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.) melancarkan Taman Perindustrian Kertih Terengganu (KTIP) merupakan kompleks kilang penapisan bio generasi kedua terbesar di Asia.

Pengarah Eksekutif Terengganu Inc., Burhanuddin Hilmi Mohamed berkata, projek tersebut dibina di atas keluasan tanah 407 hektar dengan melibatkan pelaburan sehingga RM680 juta untuk fasa satu.

Menurut beliau, projek berkenaan dijangka beroperasi menjelang tahun 2024.

“Projek ini merupakan kerjasama antara Terengganu Inc. dan MGB Berhad (MGB),” katanya pada majlis pelancaran kilang tersebut yang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di sini hari ini.

Burhanuddin Hilmi menjelaskan, kedudukan KTIP strategik kerana berada di hab bioekonomi bersepadu melibatkan industri biopolimer dan produk kimia.

Tambah beliau, antara infrastruktur dan fasiliti sedia ada berhampiran KTIP ialah loji pemprosesan gas, loji penapisan minyak dan dua pelabuhan iaitu Kemaman serta Kertih.

“Saya difahamkan kerajaan negeri Terengganu telah menggerakkan usaha memacu pembangunan (KTIP) termasuk pembesaran kapasiti Pelabuhan Kemaman.

“Kami yakin KTIP masih menarik pelabur sekali gus berpotensi menjana pertumbuhan ekonomi negeri malah limpahannya bakal dinikmati rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN