fbpx

Aksi Liga M percuma di YouTube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STUART menjelaskan siaran langsung Liga Super dan Liga Premier musim ini boleh disaksikan secara percuma menjelang aksi pertama liga malam ini.

KEHANGATAN saingan Liga Malaysia (Liga M) semakin dirasai selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan semua perlawanan melibatkan Liga Super dan Liga Premier boleh disaksi­kan secara percuma di laman penstriman Youtube.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, sia­ran langsung Liga Super dan Liga Premier musim 2022 boleh disaksikan oleh peminat bola sepak secara percuma menjelang aksi pertama liga malam ini.

“Siaran langsung Liga Super 2022 sebanyak 132 perlawanan juga boleh dinikmati melalui saluran Youtube rasmi milik unifi sementara platform Radio Tele­visyen Malaysia (RTM) juga disediakan untuk satu perlawanan terpilih pada setiap minggu.

“Sementara itu, umum menge­tahui siaran langsung buat Liga Super sejak dua tahun kebe­lakangan ini sedikit terjejas di­sebabkan pandemik Covid-19 dan Liga Premier tidak terkecuali menerima tamparan ini.

“Demi kepuasan penyokong serta peminat bola sepak tempatan, MFL sedang berusaha mengelak isu teknikal stadium dalam usaha menyiarkan siaran langsung kesemua 90 perlawanan Liga Premier musim ini.

“Jika segala berjalan lancar, MFL akan menyiarkan 90 perlawanan Liga Premier 2022 bagi memastikan kemeriahan Liga Malaysia dapat dinikmati semua penyokong,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan sama, Stuart turut mengesahkan MFL telah merubah format sepak mula pertandingan bermula musim ini dengan saingan Liga M akan dimulakan pada tiga waktu berbeza iaitu bermula jam 7.30 malam, 8.15 malam dan 9 malam.

“Suka diumumkan juga bahawa musim ini kita mempunyai tiga format sepak mula berbeza dan sudah pasti format baharu sepak mula bakal memberikan manfaat kepada seluruh penyokong bola sepak negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI