fbpx

Tetap bantu penduduk walau rumah sendiri tenggelam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arif (kiri) menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa banjir di Rantau Panjang hari ini.

RANTAU PANJANG – Seorang mangsa banjir tetap ligat membantu penduduk yang terjejas meskipun rumahnya sendiri di Kampung Bakat Hilir di sini ditenggelami banjir setinggi 0.5 meter.

Arif Mahmood, 45, berkata, semangat sebagai sukarelawan mendorongnya untuk meneruskan kerja-kerja amal terhadap mangsa yang terkesan dengan banjir.

Menurutnya, dia mula menghulurkan bantuan kepada jiran-jiran terdekat pada hari kedua banjir di kawasan kampungnya pada Ahad lalu.

“Meskipun stok bekalan makanan untuk diagihkan kepada golongan memerlukan turut ditenggelami banjir, ia bukan penghalang untuk saya terus berbakti. Banjir kali ini disifatkan lebih teruk berbanding 2014 lalu apabila ramai yang terkesan berbanding sebelumnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Arif memberitahu, dia akan memperuntukkan masa selama satu jam setiap hari untuk membersihkan rumah, manakala selebihnya digunakan untuk membantu orang ramai.

“Saya terharu dapat melihat orang lain gembira dan apa yang dilakukan ini adalah ikhlas. Sejak banjir melanda Rantau Panjang, saya banyak menerima sumbangan dalam bentuk kewangan. Jadi, saya tidak kisah berpenat asalkan amanah yang diberikan oleh penyumbang dapat disempurnakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI