fbpx

Wanita bukti mampu angkat berat lebih 192.78 kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan situasi ketika Sherein Abdelhady melakukan aksi angkat berat di sebuah gimnasium. – Jam Press

TRENTON, NEW JERSEY – Seorang wanita yang melakukan aksi angkat berat 192.78 kilogram (kg) menjadi tular di media sosial disebabkan reaksi kelakar orang lain di gimnasium terhadap pencapaiannya yang mengagumkan itu, lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Sherein Abdelhady, 25, dari negeri New Jersey merakam percubaan pertamanya untuk mengangkat beban yang sangat berat itu bulan lalu. Dia memutuskan untuk berkongsi rakaman itu di TikTok dimana ia menjadi tular.

“Angkat berat 192.78 kg adalah hebat, tetapi melihat reaksi semua orang adalah lebih mendebarkan,’’ tulisnya pada pada video tersebut. 

Menerusi klip yang ditonton lebih 28 juta kali itu, wanita yang merupakan seorang ahli terapi fizikal dan memiliki jenama pakaian sukan sendiri itu dilihat melakukan aksi angkat berat itu ketika diperhatikan rakan-rakannya.

Ramai lelaki malah menghentikan senaman mereka untuk melihat aksi wanita itu. Jisim itu lebih berat daripada jisim sebuah motosikal, seekor gorila atau empat beg simen.

“Mengangkat jisim seberat itu adalah momen yang paling tidak dapat dilupakan. Saya benar-benar fokus dan tidak sedar sesiapa yang sedang menonton.

‘’Ia bukan perkara biasa untuk melihat seorang wanita mengangkat berat sebanyak itu setiap hari di gimnasium,’’ jelas Sherein kepada agensi berita Jam Press baru-baru ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI