fbpx

Nazim lakar sejarah menjadi pelumba F3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAZIM cipta sejarah menjadi pemandu Malaysia pertama beraksi pada perlumbaan F3 bersama pasukan Hitech Grand Prix bagi musim 2022. – FB NAZIM AZMAN RACING

PELUMBA muda negara, Nazim Azman mencipta sejarah apabila muncul selaku pemandu Malaysia pertama yang turun beraksi pada perlumbaan Formula 3 (F3) bersama pasukan Hitech Grand Prix bagi musim 2022.

Pemandu berusia 20 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang pada Kejuaraan EuroFormula dengan satu kemenangan dan tujuh penamat di podium sah mengikat kontrak selama setahun bersama pasukan berpangkalan di Silverstone, United Kingdom.

Pada saingan F3 nanti, Nazim bakal bergandingan bersama pelumba Red Bull Junior, Isack Hadjar dan juga bekas juara British F3, Kaylen Frederick.

“Sudah pasti, saya sangat te­ruja untuk melangkah ke siri FIA F3 dengan Hitech GP. Pasukan ini adalah pemenang perlumbaan dan kejuaraan dalam kategori F3.

“Pastinya pasukan ini akan menyediakan platform terbaik kepada saya untuk memberi tumpuan bersaing dengan pelumba berbakat terbaik dunia F3.

“Saya akui tidak sabar untuk berlumba di Bahrain, melawat beberapa litar ikonik di Eropah dan juga beberapa litar yang saya sudah biasa turun beraksi.

“Saya tidak boleh nafikan ini adalah satu batu loncatan besar bagi karier saya, tetapi dengan menjuarai perlumbaan di Bri­tish dan EuroFormula, saya bersedia meneruskannya,” katanya.

Nazim membuat penampilan sulung dalam perlumbaan pada musim 2016-17 pada Formula 4 SEA dan meraih pengalaman le­bih berharga di perlumbaan Sepanyol seperti F4, SMP F4, Siri Formula Masters Asia dan F4 Itali.

Selain itu, Nazim turut pernah menyertai BRDC British F3 selama dua musim dengan menamatkan perlumbaan Carlin di tempat ketiga pada 2020 sebelum beralih ke peringkat lebih tinggi, EuroFormula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI