fbpx

Bukan sebab pembalakan haram tetapi aliran puing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sisa timbunan kayu yang masih terdapat di Sungai Terengganu berhampiran Kampung Jenagor, Hulu Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Timbunan sisa kayu yang tersandai di Sungai Terengganu berhampiran Empangan Kenyir di sini berikutan banjir besar melanda daerah Hulu Terengganu pada Ahad lalu bukan disebabkan oleh aktiviti pembalakan haram.

Pengarah Perhutanan Terengganu, Roslan Rani berkata, siasatan mendapati sisa kayu itu terjatuh dari kawasan hutan berhampiran disebabkan oleh pergerakan tanah.

“Ia telah menyebabkan kejadian aliran puing yang membawa pokok-pokok, sampah-sarap dan sisa kayu mati ke dalam sungai.

“Senario sama pernah berlaku di Bentong, Pahang sewaktu kejadian banjir pada akhir tahun lalu ,” katanya di sini hari ini.

Roslan berkata, siasatan dan pemantuan mendapati tiada sebarang aktiviti pembalakan haram di kawasan sekitar Empangan Kenyir.

Tegas beliau, ia juga diakui pengurusan Tenaga Nasional Berhad sewaktu sesi taklimat banjir dan tanah runtuh kelmarin.

“Dalam pada itu, Jabatan Perhutanan negeri akan melakukan semakan lanjut dengan melakukan penandaan di kawasan terlibat dengan tanah runtuh berkenaan.

“Kita juga akan membuat pelan pemetaan untuk perancangan dan juga tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI