fbpx

Mahkamah Keadilan Antarabangsa tetapkan perbicaraan genosid di Ukraine pada 7,8 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Ukraine menunggu untuk dipindahkan menaiki kereta api di stesen kereta api Keiv baru-baru ini. - AFP

THE HAGUE, Belanda – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengadakan perbicaraan pembunuhan beramai-ramai atau genosid berhubung perang di Ukraine pada 7 dan 8 Mac ini.

ICJ yang berpangkalan di Hague, mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), akan membuka perbicaraan awam selepas Ukraine membuat aduan kepada mahkamah untuk mengarahkan Rusia menghentikan pencerobohannya.

“Perbicaraan akan ditumpukan kepada permintaan untuk sekatan sementara yang dikemukakan oleh Ukraine,” kata mahkamah dalam satu kenyataan.

Lebih 660,000 orang telah melarikan diri ke luar negara dengan anggaran sejuta orang telah dipindahkan dari Ukraine yang mempunyai populasi 44 juta.

PBB menganggarkan sehingga empat juta pelarian mungkin memerlukan bantuan dalam beberapa bulan akan datang dan 12 juta lagi memerlukan bantuan dalam negara.

ICJ tidak mempunyai mandat untuk membawa tuduhan jenayah terhadap pemimpin Rusia, Vladimir Putin yang bertanggungjawab ke atas pencerobohan itu.

Namun ia adalah mahkamah tertinggi dunia untuk menyelesaikan aduan undang-undang antara negara atas dakwaan pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Karim Khan telah pun mengumumkan bahawa beliau sedang melancarkan siasatan mengenai situasi di Ukraine berikutan pencerobohan Rusia.

“Saya berpuas hati bahawa terdapat asas yang munasabah untuk mempercayai bahawa kedua-dua jenayah perang yang didakwa dan jenayah terhadap kemanusiaan telah dilakukan di Ukraine sejak 2014,”kata Khan dalam satu kenyataan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI