fbpx

UMP, UMK dan UniSZA terima Naib Canselor baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadzli

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini mengumumkan pelantikan tiga Naib Canselor bagi tiga universiti iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, ketiga-tiga pelantikan Naib Canselor itu berkuatkuasa hari ini.

Beliau berkata, Datuk Prof. Dr. Yuserrie Zainuddin, 60, dilantik sebagai Naib Canselor UMP, manakala Prof. Dr. Razli Che Razak, 59, sebagai Naib Canselor UMK dan Prof. Dr. Fadzli Adam, 50, sebagai Naib Canselor UniSZA.

“Dr. Yuserrie sebelum ini adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Ijazah Sarjana dalam bidang Perdagangan dari University of Wollongong, Australia.

“Beliau seterusnya telah memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Manakala, Dr. Razli pula berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Statistik Ekonomi dari UKM, Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Penyelidikan Operasi dari University of Strathclyde, United Kingdom dan telah memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang yang sama dari USM.

“Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, Dr. Fadzli pula sebelum ini adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniSZA dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Katanya, beliau juga telah memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (Teologi dan Pengajian Agama) dan Ijazah Kedoktoran dalam Pengajian Islam dari University of Leeds, United Kingdom.

Noraini berkata, semua Naib Canselor di atas telah melalui proses saringan dan temu bual oleh Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI