fbpx
SELEBRITI seperti Sherry Alhadad, Elizabeth Tan, Aril Pilus dan Aishah Azman kini sedang menjalani kuarantin kerana dijangkiti Covid-19.

Sherry, Lizzy, Aril dan Aishah pakat kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Segala langkah pencegahan untuk mengelakkan jangkitan sudah diambil, namun siapa sangka dalam berjaga-jaga kita tetap termasuk dalam statistik pesakit Covid-19.

Itu yang sedang berlaku ketika ini. Golongan selebriti tidak terkecuali terdedah dengan risiko jangkitan.  Antara artis yang berkongsi status kesihatan masing-masing termasuklah Sherry Alhadad yang tidak dapat mengendalikan program realiti, Big Stage musim keempat, Ahad lalu akibat disahkan positif Covid-19.

Ramai tertanya-tanya kelibat pengacara popular itu selepas posisi hos bagi program secara langsung tersebut digantikan rakan seperjuangan, Elly Mazlein.

Usai acara barulah Sherry atau nama sebenar, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 37, berkongsi berita duka tersebut menerusi akaun Instagramnya.

“Terima kasih atas doa kalian semua. Semoga semuanya dipermudahkan dan kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Insya-Allah, kita jumpa minggu depan,” katanya.

Penyanyi Elizabeth Tan juga turut berkongsi perkhabaran terbaru dirinya di laman sosial sambil menunjukkan kit ujian kendiri yang bertanda dua garis.

“Tak dapat lari daripada Corona”, itu sebaris ayat yang disertakan dalam video penyanyi Knock Knock tersebut dengan mata berkaca.

Difahamkan, Elizabeth atau Lizzy hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah selain tidak mengalami gejala yang serius.

Pelakon berusia 25 tahun, Aishah Azman pula mengambil keputusan menjalani isolasi kendiri di dalam bilik bagi mengelakkan ibunya yang kurang sihat dijangkiti virus berkenaan.

Selain langkah pencegahan, dia mengambil vitamin C secara rutin serta minum air kosong sebagai penjagaan kesihatan.

“Kita pergi ke kedai beli sayur pun kalau masa itu nak berjangkit akan jangkit juga walaupun kita dah pakai pelitup muka.

Penyanyi Aril Pilus pula lebih bimbangkan keadaan keluarga termasuk isteri, anak dan ayah mentuanya yang turut disahkan terkena jangkitan virus berkenaan.

Aril atau nama penuh, Khairil Azam Pilus memaklumkan, virus itu menyerang diri dan ahli keluarganya secara berperingkat di mana dia disahkan positif pada Rabu lalu disusuli diikuti anaknya, Tun Adriel Mikael lima hari kemudian, manakala isterinya, Puteri Erma Edlinda, semalam.

Katanya sejak 21 Februari lalu, tekaknya mula terasa gatal iaitu dua hari selepas melunaskan kerja rakaman ‘voice over’ di sebuah hotel sebelum mengambil ibu dan bapa mentua di lapangan terbang.

Mentuanya yang ketika dia menjalani ujian kendiri sudah pulang ke kampung di Melaka pula disahkan positif Covid-19 selepas itu.

“Saya sebenarnya pun risaukan keadaan ibu yang juga pesakit kanser walaupun dia tak dijangkiti tetapi virus Omicron ini kita tahu sangat mudah dan pantas merebak.

“Minta doakan keluarga saya terutama orang tua kami dijauhkan daripada virus ini,” katanya yang kini menjalani kuarantin kendiri. – KOSMO! ONLINE

POPULAR