fbpx

EPMP catat keuntungan bersih RM2.74 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejayaan melaksanakan transformasi telah memberi manfaat kepada kedudukan kewangan EPMB. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengeluar alat ganti automotif, EP Manufacturing Bhd. (EPMB) mencatat pemulihan pada suku keempat berakhir 31 Disember 2021 (S421) dengan keuntungan bersih suku tahunan tertinggi sepanjang tujuh tahun.

Ini berjaya dicapai di sebalik kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan bencana banjir di Semenanjung Malaysia Disember 2021, yang mengganggu operasi banyak pengeluar kereta.

Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah berkata, Kumpulan mencatat keuntungan bersih selepas cukai pada 4Q21 melonjak kepada RM2.74 juta berbanding kerugian bersih selepas cukai iaitu sebanyak RM0.62 juta pada suku yang sama sebelumnya.

“Asas Kumpulan mengukuh didorong langkah strategiknya menyelaraskan kos dan meningkatkan kecekapan operasi  serta susut nilai dan pelunasan yang lebih rendah pada suku dalam tinjauan susulan beberapa jentera telah mengalami susut nilai sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Pendapatan EPMB pada 4Q21 direkodkan pada RM126.8 juta berbanding RM134.2 juta pada suku yang sama sebelumnya.

Mengulas lanjut mengenai keputusan kewangan terkini,  Hamidon menerangkan, usaha Kumpulan kini adalah untuk kembali mencatat keuntungan telah mula membuahkan hasil yang positif, walaupun terjejas oleh faktor luaran seperti
sekatan pergerakan, gangguan rantaian bekalan dan banjir besar pada tahun lepas.

“Pengecualian cukai jualan kenderaan sehingga 30 Jun 2022 dan pemulihan yang
memberangsangkan dalam jualan kereta adalah pemangkin utama EPMB.

“Merujuk pada faktor ini, kami berharap untuk mencapai prestasi yang lebih kukuh pada TK2022.

“Bagaimanapun, kami tetap berhati-hati dan percaya bahawa cabaran akan terus berlarutan pada 2022,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI