fbpx

Isu buku Gay is Okay! : 4 NGO buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMAD Hafiz (tiga dari kanan, baju hitam) bersama wakil empat NGO membuat laporan polis di IPD Seremban berhubung penerbitan buku Gay is Okay! A Christian Perspective. - Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Sebanyak empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung penerbitan buku Gay is Okay! A Christian Perspective di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini hari ini.

Antara NGO terbabit ialah Pertubuhan Al Ehsan Negeri Sembilan dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Negeri Sembilan.

Kesemua NGO terbabit yang diketuai Penyelaras Pejuang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Datuk Mohammad Hafiz Baharudin membuat laporan polis berkaitan perkara itu pada pukul 10.30 pagi tadi.

Mohammad Hafiz berkata, laporan polis itu dibuat bagi menolak sekeras-kerasnya penerbitan buku Gay is Okay! A Christian Perspective yang dikhuatiri boleh memesongkan akhlak masyarakat di negara ini.

“Benda ini (buku Gay is Ok!) tidak masuk akal dan seperti virus yang perlu dihapuskan sebelum merebak.

“Sebagai newakili NGO Islam, saya terpanggil untuk memgambil tanggungjawab ini bagi menghalang sentimen yang mengancam akidah dan moral anak cucu bangsa Malaysia,” katanya ketika ditemui di IPD Seremban di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohammad Hafiz berkata, beliau mewakili rakyat Malaysia beragama Islam dan NGO di Negeri Sembilan berharap tindakan diambil ke atas pihak tersebut dan bersama-sama bergerak menghalang penerbitan buku itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI