fbpx

Hak pekerja asing keutamaan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malaysia sebagai negara anggota kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mempunyai obligasi untuk mematuhi 11 indikator buruh paksa termasuk aspek penyediaan tempat tinggal yang kondusif kepada pekerja.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pihak yang komited dengan dasar sedia ada telah mewajibkan majikan yang ingin menggajikan pekerja warga asing untuk mematuhi sepenuhnya Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Beliau berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang bertanggungjawab dalam melindungi hak pekerja termasuklah pematuhan kepada undang-undang perburuhan, terma dalam kontrak pekerjaan dan lain-lain isu perburuhan seperti cuti tahunan dan pembayaran gaji.

“Malah, KSM mencadangkan pelaksanaan eWages sebagai sistem pemantauan gaji yang telah diluluskan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Januari 2022 yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Dalam masa yang sama, buruh paksa turut merupakan isu utama yang berada di bawah kendalian KSM maka selaku Pengerusi kepada Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Pemerdagangan Buruh di bawah Majlis Anti Pemerdagangan Orang, pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk menangani isu buruh paksa termasuklah pelaksanaan Pelan Tindakan Nasional berhubung Buruh Paksa dari tahun 2021 hingga 2025,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saravanan berkata, pihaknya juga sedang dalam perancangan untuk mengawal selia Penempatan Pekerja Berpusat (CLQ) bagi memantau pengurusan pekerja warga asing dengan lebih efektif yang akan dilaksanakan secara berperingkat dalam masa lima tahun.

Katanya, kementeriannya diberi mandat untuk mengetuai rundingan dan memuktamadkan semua Memorandum Persefahaman (MOU) berhubung pengambilan pekerja warga asing dengan negara sumber dengan MOU pertama telah ditandatangani dengan China pada tahun 2003. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI