fbpx

Selepas dikecam terkangkang, Janna Nick menonggeng pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOTO menonggeng Janna yang dikecam netizen kerana pakaiannya singkat.

JANNA NICK oh Janna Nick! Tak habis-habis buat netizen mengata tentang awak. Lagi dikecam, lagi menjadi-jadi nampaknya.

Selepas isu terkangkang, kali ini isu menonggeng pula. Diva lihat semakin hari pakaian Janna pun semakin singkat.

Terbaharu, menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Janna tanpa segan silu ‘belanja’ gambar dirinya sedang menonggeng.

Bahkan pakaian yang digayakan itu juga kelihatan sangat singkat dan seksi. Disebabkan itu, netizen sekali lagi mengecam tindakannya kerana semakin hari, semakin berani mempamerkan aksi menggoda.

Sehinggakan ada netizen kata Janna seolah-olah telah menggadai maruahnya.

“Sebab trend sanggup hilang maruah,” komen seorang netizen.

Diva ingat lagi Janna ketika pembabitan awalnya dalam dunia seni. Bersopan santun, bertutur pun lemah lembut. Penampilan tidaklah terlalu seksi.

Diva pun bukanlah baik sangat pun nak cakap lebih-lebih.

Cuma Diva berharap Janna janganlah jadi sebegitu gara-gara ingin membalas dendam disebabkan ‘mulut-mulut’ netizen.

DIVA: Kesian Ashira sebab dikecam netizen kerana meraih bantuan dana daripada orang ramai untuk bertanding di Amerika Syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI