fbpx
Sebahagian mangsa menunggu bantuan APM setelah PPS mereka turut dinaiki banjir di Kampung Lubuk Periuk, Hulu Terengganu hari ini.

Banjir Terengganu: Mangsa cemas PPS tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Seramai lapan mangsa banjir panik apabila pusat pemindahan sementara (PPS) yang diduduki mereka di Kampung Lubuk Periuk di sini turut dinaiki banjir hari ini.

PPS tersebut kini dinaiki air sedalam kira-kira 0.5 meter sejak pukul 6.30 pagi dan parasnya dijangka akan meningkat lagi berikutan hujan lebat yang masih berterusan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Lubuk Periuk, Abdul Rashid Ali berkata, sebelum itu, lapan mangsa dari kampung tersebut dan Kampung Peneh yang terletak bersebelahan baru berpindah masuk semula ke PPS itu pada pukul 5 pagi.

“Sebenarnya PPS Kampung Lubuk Periuk telah ditutup pada pukul 1 tengah hari semalam setelah banjir surut.

“Begitupun, banjir kembali melanda kedua-dua perkampungan ini pada awal pagi tadi dengan hanya lapan orang daripada tiga keluarga sempat berpindah masuk sebelum PPS itu juga dilanda banjir,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rashid berkata, sepasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hulu Terengganu dalam perjalanan untuk memindahkan mereka ke PPS lain yang lebih selamat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN