fbpx

Banjir: Terengganu, Kelantan meningkat kepada 14,844 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan terus meningkat kepada 14,844 mangsa membabitkan 4,664 keluarga hari ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat pukul 10 malam tadi, sebanyak 190 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dengan pecahan 66 PPS di Kelantan dan 124 PPS di Terengganu.

“Di Kelantan, seramai 7,658 mangsa membabitkan 2,475 keluarga dipindahkan terdiri daripada 4,960 individu dewasa, kanak-kanak (2,493), bayi (205), warga emas (454) dan 55 Orang Kurang Upaya (OKU).

“Manakala di Terengganu melibatkan seramai 7,186 mangsa daripada 2,189 keluarga. Individu dewasa direkodkan sebanyak 4,926 orang, kanak-kanak (2,100), bayi (160), warga emas (244) serta OKU (60),” ujarnya.

Sementara itu, di Kelantan, sebanyak 31 PPS dibuka hari ini melibatkan daerah Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Kota Bharu, Jeli, Pasir Puteh dan Pasir Mas.

Di Terengganu, sejumlah 41 PPS dibuka hari ini membabitkan daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kemaman dan Dungun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI