fbpx

Perang nuklear jika Rusia ceroboh wilayah NATO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bradshaw memberi amaran bahawa padah menanti Rusia sekiranya tenteranya memasuki wilayah NATO. – REX

LONDON – Bekas Timbalan Komander Tertinggi Bersekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Eropah, Jeneral Adrian Bradshaw memberi amaran bahawa perang nuklear berkemungkinan tercetus sekiranya tentera Rusia berani menceroboh wilayah NATO.

Menurut laporan akhbar The Sun kelmarin, Bradshaw menerusi program bicara pagi Good Morning Britain berkata, padah menanti sekiranya Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan tenteranya memasuki wilayah NATO.

“Ini amat serius. Ia boleh membawa kepada peperangan nuklear. Kita tidak boleh membiarkannya daripada berlaku,” kata Bradshaw.

Tambahnya, senjata nuklear sering menjadi sandaran kepada ancaman Rusia dengan komander-komander tentera Moscow  tidak merahsiakan mengenainya dalam masa beberapa bulan sebelum menyerang Ukraine.

“Namun, saya tidak fikir bahawa penggunaan senjata nuklear berkemungkinan besar adalah dalam konteks pengambilalihan Ukraine.

“Bahaya bagi ancaman senjata nuklear berkemungkinan hanya berlaku sekiranya terdapat konflik dengan NATO dan semua perkara menjadi di luar kawalan,” ujarnya.

Ukraine terletak antara Rusia dengan dikelilingi oleh negara-negara ahli NATO termasuk Estonia, Latvia, Lithuania, Poland, Republik Czech, Slovakia, Hungary, Romania dan Bulgaria.

Dalam pada itu, bekas Ketua Tentera Laut Britain, Lord West memberitahu The Sun bahawa jika tersilap langkah, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine boleh mencetuskan perang di seluruh Eropah, seterusnya membawa kepada perang dunia melibatkan senjata nuklear.

“Ia amat bahaya. Risiko bagi kesilapan yang dilakukan oleh Rusia boleh mengakibatkan peperangan di Eropah, seterusnya menjadi konflik global dan penggunaan senjata nuklear,” tegasnya. – AGENSI  

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI