fbpx

96 jam untuk tawan Kiev

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN tentera Ukraine bergerak di dataran Kemerdekaan di pusat bandar Kiev, kelmarin. – AFP

KIEV – Ukraine mengerahkan semua pasukan tenteranya untuk mempertahankan negara itu selepas pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) dilaporkan percaya bahawa Kiev akan jatuh ke tangan Rusia dalam masa cuma 96 jam, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Presiden Ukraine,  Volodymyr Zelenskyy mengeluarkan arahan kerahan tentera lewat malam kelmarin. Dekri tersebut menyatakan bahawa anggota simpanan tetap serta orang awam yang mampu berperang perlu mempertahankan negara.

Menurutnya, semua  pasukan simpanan di seluruh Ukraine akan dipanggil ke medan perang.

Arahan itu turut membolehkan kerajaan Ukraine dan tentera untuk menggunakan kenderaan  persendirian, bangunan, tanah dan struktur milik persendirian selama 90 hari.

Terdahulu,  tiga pegawai AS   memberitahu majalah Newsweek bahawa mereka menjangkakan Kiev akan ditawan oleh askar Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam masa hanya  96 jam.

Kenyataan Putin melibatkan  ‘operasi ketenteraan khas bagi melucutkan tentera’ di Ukraine menggambarkan hasrat beliau untuk mengepung dan memaksa tentera Ukraine untuk menyerah kalah, atau bakal berdepan dengan kemusnahan, kata mereka.

“Kepimpinan Ukraine berkemungkinan digulingkan dalam masa kira-kira seminggu,”  kata pegawai-pegawai berkenaan.

Sementara itu, seorang lagi bekas pegawai risikan kanan AS turut menyokong penilaian itu.

“Selepas bedilan udara dan artileri tamat serta perang di darat benar-benar bermula, saya menjangkakan Kiev akan jatuh ke tangan Rusia dalam masa beberapa hari sahaja.

“Tentera Ukraine berkemungkinan dapat bertahan lebih lama sedikit, namun tidak terlalu lama,” katanya.

Lebih 60 kumpulan taktikal batalion Rusia dengan seramai 30,000 ke 60,000 anggota telah dihantar ke Ukraine, demikian menurut Angkatan Tentera Ukraine.

Penasihat presidensi Ukraine pada awal kelmarin berkata, tentera negara itu telah menawan semula sebuah lapangan terbang penting di pinggir barat laut Kiev. 

Beliau kemudiannya menjelaskan bahawa tentera Ukraine dan Rusia masih bertarung bagi menguasai Hostomel Airfield, yang dianggap sebagai lokasi penting bagi membolehkan Kremlin menyerang Kiev.

Pencerobohan yang diarahkan Putih menerusi darat, laut dan udara itu merupakan serangan terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Meskipun menerima kecaman dari seluruh dunia termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta amaran daripada NATO, Putin kelmarin memberi amaran keras kepada mana-mana negara luar agar tidak masuk campur dalam peperangan antara Kremlin dengan Ukraine. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI