fbpx

MBSB catat untung bersih RM438.71 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia Building Society Berhad (MBSB) mencatat kenaikan sebanyak 62.90 peratus bagi keuntungan selepas cukai bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 kepada  RM438.71 juta berbanding  RM269.32 juta tahun sebelumnya.

Perolehan Kumpulan menurun sebanyak 16.83 peratus kepada RM2.62 bilion berbanding RM3.15 bilion tempoh yang sama tahun lalu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Nor Azam M Taib berkata, ini disebabkan pengurangan dalam pendapatan pelaburan serta pembiayaan ekoran kesan daripada pemotongan kadar dasar semalaman (OPR) bagi tahun penuh dan juga pengurangan hasil daripada jualan dalam tempoh kewangan pelaburan sepanjang tahun.

“Semasa kami terkesan dengan pemotongan OPR dan pengubahsuaian kerugian, kami kekal berdaya tahan serta mencatat pertumbuhan yang sihat meskipun berdepan dalam persekitaran yang tidak menentu ekoran pandemik,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menerangkan pendapatan bersih Kumpulan selepas kemerosotan nilai meningkat sebanyak 3.88 peratus atau RM50 juta pada RM1.34 bilion bagi tahun kewangan 2021 berbanding RM1.29 bilion tahun kewangan sebelumnya ekoran pengubahsuaian rugi yang rendah sepanjang tempoh berkenaan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI