fbpx

PKRC MAEPS Serdang mula operasi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang bakal beroperasi bermula esok.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi satu sidang akhbar hari ini.

Katanya, sebanyak 100 buah katil akan disediakan bagi kegunaan pesakit Covid-19 yang mempunyai kes risiko rendah.

“Pembukaan ini bukanlah tanda katil di hospital tidak mencukupi, tetapi ia sebagai langkah proaktif mengurangkan bebanan di hospital,” katanya.

Terbaharu, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata, PKRC MAEPS dibuka semula untuk menampung jumlah pesakit kes Covid-19 yang semakin meninggi di Lembah Klang.

Jelasnya, ia sebagai strategik kerajaan untuk menghadapi gelombang varian Omicron yang kini mencatatkan kes harian mencecah angka 30,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI