fbpx

PICKids Pulau Pinang ketiga tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali (kanan) memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada murid sekolah di Pulau Pinang baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Liputan Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun di negeri ini adalah pada kadar 25.7 peratus setakat semalam.

Pengerusi Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan, Dr. Norlela Ariffin berkata, ia meletakkan Pulau Pinang di kedudukan ketiga tertinggi dalam jumlah penerima vaksinasi kanak-kanak di Malaysia.

“Kadar PICKids semakin meningkat setiap hari menunjukkan bahawa ibu bapa sedar akan kepentingan melindungi kanak-kanak daripada Covid-19.

“Ini terbukti apabila lebih 300 ibu bapa dari Seberang Perai Tengah terlibat dalam Sesi Libat Urus PICKids anjuran pejabat saya pada minggu lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Norlela lagi, kesedaran dalam kalangan ibu bapa mengenai keperluan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak adalah penting kerana dapat menyelamatkan nyawa anak-anak.

Dalam pada itu, katanya, hampir semua orang dewasa di Pulau Pinang sekurang-kurangnya diberi vaksin sepenuhnya dan hampir 70 peratus dos penggalak selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI