fbpx

Jin hadiahkan J-Hope berus tandas emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIN (kiri) dan J-Hope.

ANGGOTA kumpulan BTS, J-Hope yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-29 baru-baru ini menerima banyak hadiah termasuk daripada peminat dan rakan-rakan.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, J-Hope menunjukkan beberapa hadiah yang diterimanya termasuklah kek hari jadi, strawberi, patung, beg dan banyak lagi.

Paling mencuri perhatian, J-Hope turut menerima sebatang berus mangkuk tandas bersalut emas dipercayai dihadiahkan teman baiknya yang juga ahli BTS, Jin.

Dedah J-Hope atau nama sebenarnya Jung Ho-seok, berus mangkuk tandas bersalut emas tersebut bukan biasa-biasa.

Berus tersebut merupakan koleksi Alessi yang diberi nama Merdolino Gold.

Daripada hasil carian netizen, berus mangkuk tandas mewah rekaan Stefano Giovannoni itu dijual pada harga RM1,190 setiap satu.

Menerusi hantaran sama, J-Hope turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih buat Jin yang bersusah payah menghadiahkan berus emas berkilau tersebut kepadanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI