fbpx

Aksi joget dangdut polis trafik undang pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang polis trafik berjoget lagu dangdut ketika bertugas. - Instagram

JAKARTA – Aksi seorang polis trafik di Indonesia mengawal lalu lintas sambil berjoget lagu dangdut menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com, semalam.

Menerusi video yang dimuat naik di @underc0ver.id, polis yang memakai uniform lengkap dengan topi putih dan rompi berwarna hijau neon gembira berjoget ketika menjalankan tugas,

Telatah polis trafik itu mengundang komen positif daripada warga net yang memuji itu tandanya dia sangat mencintai kariernya.

“Begini baru terbukti cintai pekerjaan anda walaupun penat menjalankan tugas seharian,” komen seorang pengguna media sosial.

“Pemandu kenderaan juga boleh hilang tekanan melihat gaya polis ini menari,” komen seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI