fbpx

Tekun wajibkan 25,000 usahawan carum Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan bersama Noh Omar melakukan gimik pelancaran sempena Majlis Pelancaran Kempen Mencarum PERKESO Usahawan Tekun di Hotel Renaissane, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Tekun Nasional akan mewajibkan kepada lebih 25,000 usahawannya mendaftar dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, kempen ini merupakan inisiatif proaktif memastikan jaringan perlindungan keselamatan sosial diperluaskan kepada golongan Orang Bekerja Sendiri (OBS), khususnya dalam kalangan usahawan.

Tambahnya, kempen dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia bermatlamat meningkatkan kesedaran golongan usahawan mengenai kepentingan perlindungan keselamatan sosial serta simpanan masa depan.

“Sehingga kini seramai 16,830 usahawan Tekun Nasional telah mencarum dengan Perkeso, jadi menerusi kempen ini diadakan bagi mendokong matlamat untuk menarik lebih ramai usahawan untuk mencarum SKSPS.

“Saya juga berharap Tekun Nasional dapat memikir dan mempertimbangkan bagaimana semua usahawan diwajibkan untuk mencarum dengan Perkeso sepanjang tempoh pembiayaan, pada masa akan datang.

“Bagi menggalakkan mereka mendaftar dengan Perkeso, Tekun Nasional akan menawarkan perkhidmatan pembiayaan caruman SKSPS sejumlah RM1,000 menerusi skim pembiayaan yang dibuat oleh usahawan Tekun Nasional,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Mencarum Perkeso Usahawan Tekun, di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI