fbpx

Panglima ATM melawat MALBATT 850-9 di Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Affendi (kanan) menerima tabik hormat pada perbarisan lawatan ulung beliau bertempat di padang kawad Kem Marakah, Selatan Lubnan semalam.

MARAKAH(Lubnan) – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang telah menghadiri perbarisan lawatan ulung beliau bertempat di padang kawad Kem Marakah, Selatan Lubnan semalam.

Ketibaan beliau di Kem Marakah telah disambut oleh Komander Sektor Barat UNIFIL, Brig Jen Massimiliano Stecca dan Komander MALBATT 850-9, Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin.

MALBATT 850-9 dalam satu kenyataan memberitahu, ketibaan Affendi telah disambut dengan penuh kehormatan oleh kumpulan kawalan kuater.

Menurut kenyataan itu, perbarisan statik tersebut melibatkan 22 pegawai dan 123 anggota MALBATT 850-9 termasuk Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

“Perbarisan empat detasmen ini diketuai Komander Ahmadi Zamani Kamaruzzaman TLDM.

“Turut terlibat ialah aset-aset MALBATT iaitu 13 buah kenderaan RPZ Condor pelbagai variasi dan empat kenderaan perisai Guardian,” kata kenyataan tersebut.

Affendi kemudian mengambil tabik hormat serta memeriksa perbarisan dengan menaiki kenderaan RPZ Condor ACV sebelum menyampaikan ucapan.

Turut hadir sepanjang lawatan ialah Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Datuk Indera Yazid Arshad serta beberapa pegawai kanan lain.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI