fbpx

Ketagihan Internet di Malaysia agak tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar (dua kiri) merasmikan sambutan Hari Keselamatan Internet 2022 Edisi Malaysia dan pelancaran Laporan Eksekutif Dapatan Kajian Tanda Aras Kesedaran Keselamatan Siber 2021/2022 di Hotel Marriott, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Marah apabila tidak dibenarkan menggunakan telefon pintar dan tidur lewat kerana bermain telefon pintar.

Itu antara tanda-tanda ketagihan Internet yang diperolehi hasil dapatan Laporan Eksekutif Dapatan Kajian Tanda Aras Tahap Keselamatan Siber Dalam Kalangan Murid Sekolah dan Ibu Bapa 2021/2022.

Laporan itu dikeluarkan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membabitkan 16,908 responden terdiri murid sekolah dan ibu bapa di seluruh negara.

Responden berkenaan terdiri daripada 13,953 murid sekolah rendah dan menengah serta murid pendidikan khas selain 2,955 ibu bapa.

Mendedahkan perkara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kanak-kanak yang ketagihan internet juga cenderung untuk bermain dengan telefon pintar berbanding keluar bermain dengan kawan.

Menurutnya, beliau difahamkan, kadar ketagihan internet di Malaysia ketika ini agak tinggi berbanding kebanyakan negara-negara lain.

“Bila saya baca laporan, saya tengok mungkin saya juga salah seorang ketagihan internet kerana setiap kali bangun pagi, perkara pertama saya raba adalah telefon.

“Kajian mendapati ketagihan internet berlaku disebabkan tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan ibu bapa dan ia boleh mengundang risiko keselamatan siber terhadap generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Keselamatan Internet 2022 (Edisi Malaysia) dan pelancaran laporan kajian itu, di sini hari ini.

Justeru, katanya, terdapat beberapa komponen utama perlu diberi penekanan termasuk akses kandungan Internet tidak sesuai, risiko transaksi dalam talian, kurang kefasihan digital, kelemahan pengurusan kata laluan, ancaman orang tidak dikenali dan serangan pancingan data.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI