fbpx

Wawa Zainal gembira, tak halang minat anak berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAYLA Magfiraul Adzkiyaa (kiri) berlakon dalam filem berjudul Anbormal terbitan syarikat orang tuanya.

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan popular, Wawa Zainal langsung tidak pernah menghalang, bahkan gembira menyedari minat seorang anaknya yang cenderung ke arah bidang seni.

Wawa percaya, dalam kalangan anak-anaknya, pasti akan ada yang bakal mewarisi minat dan bakat lakonan, sekali gus mengikut jejak langkahnya dan suami untuk terjun ke dunia seni.

Menurut wanita berusia 31 tahun itu, bakat dan potensi yang ada pada anak keduanya, Hayla Magfiraul Adzkiyaa, 6, memberanikannya memperkenalkan si cilik itu dalam filem terbaharu terbitan sendiri, berjudul Abnormal.

“Jujur tak sangka sebenarnya Hayla pandai berlakon. Ini merupakan filem sulung yang menampilkan Hayla.

“Sebagai pasangan suami isteri yang masing-masing bergelar pelakon, kami percaya mesti salah seorang anak akan mengikut jejak langkah dalam bidang seni.

“Apabila sedar Hayla ada bakat, saya cuba ketengahkan dia ke pentas lakonan dan ternyata dia boleh lakukan,” katanya.

Tambah pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin itu, filem tersebut turut menampilkan Aeril Zafrel sebagai pelakon utama selain Nabila Huda sebagai heroin.

“Meskipun dalam kesibukan menguruskan anak-anak dan perniagaan, saya sendiri pun akan muncul dalam filem tersebut menerusi beberapa babak,” ujarnya yang memberitahu naskhah tersebut kini dalam proses penggambaran dan bakal menemui penonton tahun ini.

Untuk rekod, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013.

Selain Hayla, mereka turut dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Ayya Soffya, 2 dan Jibril Ibtisam, 3 bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI