fbpx

Nick Cannon pujuk Mariah Carey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nick Cannon berkahwin dengan Mariah Carey pada 2008 sebelum bercerai pada 2014.

SINGLE terbaharu penyanyi Nick Cannon berjudul Alone yang dilancarkan baru-baru ini menarik perhatian peminat.

Lebih menartik, lagu tersebut dikatakan berkisar tentang bekas isterinya iaitu diva terkenal, Mariah Carey.

Istimewanya juga, lagu yang dilancarkan sempena sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari lalu itu mempunyai bait-bait lirik seolah-olah Cannon ingin meminta Carey

untuk kembali ke pangkuannya.

“Aku telah berbohong. Aku memberitahu bahawa hebatnya ketika aku tahu aku rindukannya (Carey). Aku ingin kamu kembali,” bunyi lirik lagu Alone.

Lirik lagu tersebut sekali gus membuatkan peminatnya menyifatkan Cannon masih menyayangi Carey dan berharap agar wanita itu kembali ke pangkuannya.

Cannon telah berkahwin dengan Carey pada 2008 sebelum bercerai pada 2014. Difahamkan kedua-dua pasangan itu berpisah selepas Cannon curang dengan wanita lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI