fbpx

Tomok pula positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOMOK

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Tomok memasuki senarai terbaharu selebriti tanah air yang dijangkiti wabak maut Covid-19.

Perkara tersebut dikongsikan Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail menerusi hantaran dalam Instagram sebentar tadi.

“Benda paling nak elak sekarang kena dekat aku.

“Insya-Allah semoga baik-baik sahaja. Apa yang penting anak-anak dan isteri negatif,” tulisnya pada ruangan kapsyen berserta sekeping foto yang memaparkan keputusan ujian calitannya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti menghujani ruangan tersebut dengan kata-kata dan doa kepada penyanyi yang popular menerusi lagu hit Sejarah Mungkin Berulang itu.

“Allahuakbar. Semoga cepat sembuh seperti sedia kala. Ini semua ujian Allah. Hadapi dengan hati yang tenang dan sabar.

“Selamat menjalani kuarantin Tomok. Semoga semua urusan anda dipermudahkan Allah. Jaga diri selalu,” kata netizen.

Terdahulu, beberapa selebriti tanah air antaranya Aishah, Iman Suhana, Intan Ladyana, Nabila Razali, Aprena Manrose, Ariff Bahran, Datuk Afdlin Shauki dan Azira Shafinaz turut disahkan positif Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI