fbpx

Itali tolak laksana eutanasia secara bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eutanasia hanya dibenarkan di Itali sekiranya individu memiliki penyakit tanpa penawar dan hidup bergantung pada mesin sokongan hayat. - Shuttershock

MILAN – Mahkamah Perlembagaan Itali menolak bidaan referendum untuk memansuhkan status jenayah pada perbuatan membunuh diri dengan bantuan atau eutanasia.

Faktor utama penolakan adalah mahkamah berasakan proses ini belum mencapai tahap perlindungan mencukupi bagi golongan yang lemah dan mungkin mengambil keputusan tidak rasional.

Isu ini berjaya dibawa ke mahkamah selepas mengumpulkan 750,000 tandatangan pada Ogos tahun lalu, jumlah yang jauh melebihi sasaran minimum.

Ketika mengumumkan keputusannya, mahkamah dalam satu kenyataan akhbar berkata pungutan suara yang dicadangkan tidak akan menjamin perlindungan asas kehidupan manusia secara umum seperti yang dijamin oleh perlembagaan.

Di bawah undang-undang Itali semasa, sesiapa yang membantu orang lain membunuh diri boleh dipenjarakan antara lima hingga 12 tahun.

Pada 2019, mahkamah meminta parlimen untuk menjelaskan undang-undang mengenai perbuatan bunuh diri dengan bantuan yang diizinkan.

Eutanasia atau suntikan maut dibenarkan bagi mereka yang mempunyai penyakit tanpa penawar yang menyebabkan penderitaan fizikal atau psikologi hingga terpaksa hidup dengan mesin sokongan hayat.

Pesakit tersebut, bagaimanapun, mesti mampu membuat keputusan memilih eutanasia dalam keadaan waras dan sedar.

Sesiapa yang tidak termasuk dalam kategori ini tidak diberi kebenaran secara undang-undang semasa untuk menjalani kaedah eutanasia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI