fbpx

Aktiviti lombong haram Bitcoin meningkat mendadak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL JALIL HASSAN (kanan) menunjukkan mesin perlombongan Bitcoin yang dirampas sebelum dilupuskan di Rompin hari ini.

ROMPIN – Aktiviti melombong Bitcoin secara haram di negara ini dikesan meningkat secara mendadak dalam tempoh dua tahun apabila merekodkan nilai rampasan sebanyak RM54 juta pada tahun lalu berbanding RM1.2 juta pada 2020.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengenal pasti empat negeri paling tinggi yang merekodkan jenayah itu iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

“Semua negeri itu dikesan mempunyai banyak kawasan perindustrian dan bangunan rumah kedai terbengkalai yang sangat strategik untuk menyembunyikan aktiviti berkenaan.

“Pihak kami dengan kerjasama unit ‘Special Engagement Against Losses’ atau SEAL daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan sentiasa melakukan pemantauan di lokasi yang disyaki terbabit dengan aktiviti ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan pelupusan barang kes (Bitcoin) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood.

Menurut Abd Jalil sebanyak 20 fail siasatan membabitkan aktiviti perlombongan Bitcoin secara haram dibuka sepanjang tahun lalu dengan 10 daripadanya sudah dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Sementara itu, Wan Nazmy berkata, secara umumnya TNB dan kerajaan mengalami kerugian antara RM400 juta hingga RM500 juta setahun akibat aktiviti perlombongan Bitcoin secara tidak sah.

Katanya, aktiviti melombong Bitcoin bukan satu kesalahan sekiranya individu atau syarikat berminat mengemukakan permohonan kepada TNB dan mereka akan dikenakan kadar tarif elektrik komersial untuk menjalankan aktiviti berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI