fbpx

Puas hati perkhidmatan Akademi Memandu Padang Terap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Institut memandu di Kubang Kenyeng, Naka ini mempunyai kemudahan lengkap bagi kursus dan latihan pemanduan di kawasan seluas 2.4 hektar.

KUALA NERANG – Akademi Memandu Padang Terap Sdn. Bhd. di Kubang Kenyeng dalam Mukim Tekai Kiri di Naka, dekat sini te­lah memberi per­khidmatan kepada lebih 30,000 pemandu di negeri ini sejak 10 tahun lalu.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Omar berkata, institut memandu yang beroperasi sejak 2011 dan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera itu mementingkan mutu perkhidmatan serta kualiti penyampaian kepada pelanggan.

Katanya, komitmen itu selaras dengan penarafan lima bintang yang diperoleh daripada Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan pada 2017 dan 2020.

“Kita sentiasa menambah baik kualiti perkhidmatan dan memastikan setiap bakal pemandu berpuas hati dengan institut memandu ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kata beliau, pihaknya mempunyai seramai 29 pengajar memandu yang layak dan mempu­nyai Sijil Pengajar Memandu serta kemudahan lengkap bagi kursus dan latihan pemanduan di kawasan seluas 2.4 hektar.

“Buat masa ini operasi institut memandu ini dibuka setiap hari bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang bagi menyelesaikan kursus dan latihan yang tertangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini,” jelasnya.

Tenaga pengajar yang layak dan mempunyai Sijil Pengajar Memandu dititikberatkan bagi menjamin kualiti perkhidmatan Akademi Memandu Padang Terap.

Pengarah Urusan Akademi Memandu Padang Terap Sdn. Bhd., Zulkifli Abd. Rashid berkata, institut memandu itu terletak di lokasi stratgeik iaitu berhampiran daerah lain seperti Pokok Sena, Pendang dan Sik.

“Kita bukan sahaja menerima calon latihan dari daerah Padang Terap, malah pelanggan kita datang dari pelbagai kawasan kediaman dan kampung di daerah Pokok Sena, Pendang dan Sik.

“Institut ini terletak kira-kira 1.5 kilometer (km) dari Pokok Sena, 3km dari Pendang dan kira-kira 6km dari Sik,” ujarnya.

Ujar beliau, selain menyediakan kemudahan lengkap demi keselesaan pelanggan, pihaknya turut menitikberatkan aspek pematuhan prosedur operasi standard sepanjang kursus dan latihan pemanduan dijalankan.

“Akademi ini menawarkan semua jenis permohonan lesen memandu daripada motosikal hingga kenderaan berat.

“Kita menawarkan harga bagi pakej dan pembayaran ansuran serta diskaun untuk pelanggan yang datang secara berkumpulan. Apa yang penting tiada kos tersembunyi dikenakan kepada calon latihan,” katanya.

Beliau pada masa sama turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan tawaran ‘lesen terbang’ di media sosial.

“Tidak sewajarnya kita mengambil jalan mudah. Buat apa bayar untuk benda tidak wujud dan palsu yang mana pada akhirnya kita yang rugi,” katanya.

Bagi yang mahu mendapatkan lesen memandu boleh melayari Facebook Akademi Memandu Padang Terap Sdn. Bhd. atau menghubungi talian 04-7851410 dan 04-7850055.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI