fbpx

Bukan roket Elon Musk tetapi roket lama China bakal rempuh Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Objek misteri yang bakal merempuh Bulan adalah sampah buatan manusia dan dipercayai serpihan roket yang dilancarkan China pada 2014. - Autoevalution

WASHINGTON – Sebuah roket yang dijangka merempuh Bulan pada bulan hadapan telah dikenal pasti sebagai roket dari China yang dilancarkan pada 2014, lapor akhbar Metro News UK  kelmarin.

Roket tersebut pada mulanya dikatakan milik Elon Musk daripada syarikat aeroangkasa Space X.

Pada bulan lalu, seorang ahli astronomi amatur, Bill Gray, mengatakan kemungkinan roket milik SpaceX,  Falcon 9 daripada pelancaran 2015 akan bertembung dengan Bulan pada 4 Mac ini.

Namun begitu, Gray kini mengubah kenyataannya dan percaya objek itu bukanlah serpihan SpaceX Falcon 9, sebaliknya roket lama milik China.

Objek itu mula dikesan oleh Catalina Sky Survey iaitu  sebuah program yang menggunakan teleskop berhampiran Tucson, Arizona untuk mengimbas langit bagi mencari asteroid yang berpotensi menimbulkan ancaman kepada Bumi.

Tidak seperti asteroid biasa, ahli-ahli astronomi menyedari bahawa objek tersebut  tidak mengorbit Matahari sebaliknya mengelilingi  Bumi, menunjukkan bahawa ia adalah sampah angkasa lepas buatan manusia.

“Saya mempunyai bukti keadaan yang cukup baik untuk pengenalpastian tetapi tidak ada yang konklusif,’ tulis Gray dalam catatan blog baharunya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI