fbpx

Sotong hidup celup sos berisiko sebabkan keracunan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIDANGAN sotong hidup celup sos cili dari Thailand itu tular di media sosial. – The Thaiger

BANGKOK – Kementerian Kesihatan Thailand memberi amaran berkenaan hidangan sotong hidup dicicah sos pedas yang sedang tular berisiko menyebabkan keracunan makanan, lapor laman berita The Thaiger semalam.

Penyediaan makanan itu bermula dengan memasukkan sotong hidup ke dalam sos cili yang pedas dan masam selama beberapa minit untuk membiarkan ia meresapnya. 

Sesetengah orang akan mencelup sotong itu sekejap di dalam sos lalu memakannya dengan pantas. 

Bagaimanapun, Pengarah Kementerian Kesihatan, Suwanchai Wattanayingcharoenchai berkata, sotong mentah hidup itu berpotensi mengandungi vibrio parahaemolyticus, bakteria yang boleh ditemui di dalam persekitaran hidupan marin yang boleh menyebabkan cirit birit dan muntah jika dimakan. 

Beliau memberi amaran bahawa keracunan makanan yang teruk akibat memakan sotong mentah boleh menyebabkan kolitis ulseratif iaitu keadaan jangka panjang yang mengakibatkan radang rektum dan kolon.

Selain itu, sotong dan haiwan laut lain boleh membawa parasit yang juga boleh menyebabkan sakit perut, cirit-birit dan tindak balas lain jika dimakan mentah oleh manusia.

Menurut mereka, cara terbaik penyediaan hidangan sotong adalah dengan memasaknya terlebih dahulu pada suhu sekurang-kurangnya 70 darjah Celsius selama dua minit. Bahan-bahan tambahan juga harus dicuci dengan bersih sebelum dimasak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI