fbpx

Nampak leher, tanggung dosa siang malam- Hannah Delisha dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA tudung Hannah Delisha dalam video pertama menerusi TikToknya yang dikecam hebat.

PETALING JAYA – Keterujaan pelakon jelita Hannah Delisha berkongsi perkembangan sudah mempunyai akaun TikTok tidak seperti diharapkan apabila peminat menegur auratnya yang sedikit terdedah.

Berkongsi video perdana dalam TikTok, Hannah yang kelihatan sedang ‘cat walk’ menggayakan baju hitam berlengan panjang dengan belahan leher berbentuk ‘V’ dan dipadankan dengan skirt labuh bercorak bunga-bunga, pemilik nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch itu pantas mengundang teguran hebat daripada para peminat menerusi ruangan komen.

“Kak Hannah, nampak leher sikit! Cepat Kak Hannah nanti ada orang nampak kesian Kak Hannah nanti tanggung dosa siang malam,” tulis seorang pengguna TikTok.

Video sama juga dikongsi Hannah, 26, dalam akaun Instagramnya yang mempunyai seramai 3.1 juta pengikut.

Hal tersebut sekali gus membuatkan teguran dari bibir netizen kencang dicanangkan dalam pada ramai yang gembira selebriti kesayangan mereka itu akhirnya memiliki akaun TikTok.

“Dulu pakai tudung elok sahaja. Hannah, please cover your aurat (jaga aurat). Insya-Allah, perlahan-lahan okey. Janganlah tiru artis lain begini. Spread love, no hate (sebarkan kebaikan, bukan kebencian),” tulis seorang peminat dalam ruangan komen.

Dalam pada itu, seorang individu lain turut menegur namun mendoakan yang baik-baik buat Hannah.

“Leher tu, aurat sayang. Tidak mengapa, perlahan-lahan. Insya-Allah, satu hari nanti, anda akan jadi lebih baik daripada saya dan kita semua. Amin,” tulisnya.

Hannah yang mula mencuri tumpuan dalam dunia lakonan tanah air menerusi drama rantaian, Mencintaimu Mr. Photographer itu mula berhijab sejak penghujung 2020.

Pada Januari 2021, aktres asal Jurong, Singapura itu memadamkan hampir 800 keping gambar berimej seksi dari laman Instagram miliknya.

Hannah berkahwin dengan pelakon lagak ngeri, model dan pemilik sebuah gimnasium di Singapura, Imam Shah pada 18 Februari 2021 selepas lima tahun perkenalan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI