fbpx

Hamil? Tunggu jumpa doktor dulu – Intan Saleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN memberitahu masih terlalu awal untuk berkongsi khabar gembira tersebut kepada umum selain akan sedia memaklumkan sekiranya sudah disahkan oleh pakar.

PETALING JAYA – Selebriti media sosial Intan Saleh mengakui keputusan alat ujian kehamilan menunjukkan tanda positif, namun hanya dapat mengesahkan perkara itu selepas bertemu doktor minggu depan.

Katanya, masih terlalu awal untuk berkongsi khabar gembira tersebut kepada umum selain akan sedia memaklumkan apabila sudah mendapatkan kepastian daripada pakar.

“Ia memang alat ujian kehamilan, cuma saya belum berjumpa doktor lagi bagi mengesahkan sama ada saya benar-benar mengandung.

“Saya merancang berjumpa doktor bagi mendapatkan kepastian pada minggu hadapan. Sekiranya hamil, pasti saya akan berkongsi kepada semua.

“Buat masa ini saya pun tidak pasti usia kandungan sekiranya betul hamil tetapi ramai kenalan terdekat mengatakan pipi saya sekarang nampak semakin tembam.

“Mungkin saya nampak agak berisi kerana makan lebih berselera selepas berkahwin. Kalau benar hamil Alhamdulillah, minta doakan yang baik-baik” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Terdahulu pemilik nama sebenar Intan Liana Saleh, 37, itu berkongsi sambutan hari lahir suaminya, Aizam Yahya di sebuah restoran mewah berhampiran Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Dalam perkongsian menerusi hantaran Instagram itu jelas kelihatan alat ujian kehamilan diletakkan di atas meja makan mereka.

Video berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan insan kesayangannya meniup kek disusuli sesi buka hadiah berupa alat ujian kehamilan yang diletakkan di dalam sebuah bekas bulat.

Menerusi ruangan komen video tersebut ramai pengikut laman sosialnya yang perasan kewujudan kit ujian berkenaan tidak ketinggalan melayangkan ucapan tahniah

Di ruangan InstaStory pula seorang kenalan berkongsi berita kehamilan itu dengan menulis ‘baby bonda coming soon’ yang turut diulang siar olehnya.

Intan yang juga usahawan serta model sambilan bergelar isteri kepada Aizam yang 12 tahun lebih muda daripadanya pada 20 Disember 2021.

Sebelum ini namanya dikenali selepas terbabit dengan kisah pergolakan rumah tangga dengan bekas suaminya yang juga pemuzik Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, sekitar 2017.

Menerusi perkahwinannya dengan Ude yang hanya bertahan selama lima tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 8, dan Ariq Muqri, 6. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI