fbpx

Instagram digodam, Raja Azura mengamuk, ‘bodohlah kau ni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA AZURA menunjukkan perbualannya bersama penggodam yang telah memilliki akses Instagramnya.

PETALING JAYA – Selebriti popular, Raja Azura menjadi mangsa terbaharu penggodam (hacker) media sosial apabila Instagram miliknya kini tidak lagi boleh diakses.

Raja Azura atau mesra dengan panggilan Kak Engku terpaksa membuka akaun Instagram baharu demi menguar-uarkan bahawa akaun lamanya, telah digodam individu tidak bertanggungjawab yang kini menggunakan nama akaun, @rozyprevalx.

“Bukannya ramai sangat pengikut saya. Biasa sahaja. Tetapi, saya sayangkan gambar-gambar, kenangan-kenangan dalam akaun itu.

“Bagi saya, Instagram adalah album saya. Album bersama anak-anak.

“Mungkin dia (individu yang mempunyai akses Instagram sekarang) beli akaun daripada hacker. Tolong hack balik perempuan ini, supaya dapat ditangkap, saya nak buat ‘report’ (laporan).

“Kalian, bantu report, supaya apa yang hacker bodoh ini buat pada saya, tidak berlaku kepada orang lain. Entah berapalah dia beli (akaun Instagram daripada hacker), bodohlah kau ni,” katanya meluahkan rasa marah dan kecewa dalam Instagram baharunya, @rajaazuraofficial.

Pemilik nama lengkap, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin itu turut mengakui menangis mengenangkan Instagram lama yang menjadi tempat simpanan gambar-gambar penuh memori, terutama bersama anak-anak kini hilang begitu sahaja.

“Hati ini sedih Allah sahaja yang tahu. Menangis saya apabila melihat foto anak-anak saya membesar, hilang sekelip mata yang tidak ternilai harganya.

“Kenangan dan nyawa saya dirampas atas kekejaman manusia itu sendiri. Saya percaya followers akan datang kembali tetapi gambar anak-anak hilang, berkecai hati ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kak Engku yang juga merupakan salah seorang juri program realiti, The Masked Singer Malaysia musim 2 memberitahu bahawa, hacker berkenaan menawarkan untuk memulangkan semula akaun Instagram miliknya dengan syarat bayaran sebanyak AS$ 200 (RM 837).

Tinjauan Kosmo! Online mendapati, akaun Instagram lama Kak Engku yang mempunyai hampir 400,000 followers kini berada dalam tetapan ‘private’ dan ke semua gambar sudah dipadam hacker berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI