fbpx

Palmeiras selangkah julang kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Palmeiras meraikan kejayaan mereka menewaskan Al Ahly 2-0 pada aksi suku akhir awal pagi semalam. – AFP

ABU DHABI – Juara Copa Liber­tadores, Palmeiras menepati ramalan apabila menempah tiket ke pentas final Piala Kelab Dunia selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Al Ahly pada aksi separuh akhir di Stadium Al Nahyan awal pagi semalam.

Pemain tengah Palmeiras, Raphael Veiga muncul wira gergasi Brazil itu apabila meledak satu gol selain mencipta satu umpanan jaringan untuk menewaskan lawan yang merupakan juara benua Afrika.

Biarpun Al Ahly lebih banyak melakukan percubaan dan memegang penguasaan permainan tetapi gol Veiga dan Eduardo Pereira Rodrigues pada minit ke-39 serta 49 membolehkan Palmeiras layak buat kali pertama ke final kejohanan itu.

“Ini adalah detik unik dalam karier saya. Ia amat sukar untuk saya menggambarkan perasaan dengan kata-kata ketika ini selepas menjaringkan gol dalam saingan Piala Kelab Dunia.

“Saya sangat gembira kerana berjaya bantu pasukan me­raih kemenangan. Lebih manis jika kami dapat mengakhiri kejohanan ini sebagai juara,” kata Veiga.

Pemain berusia 26 tahun itu berjanji akan memberikan persembahan lebih mantap tidak kira sama ada bertemu juara Eropah, Chelsea atau juara Asia, Al-Hilal dari Arab Saudi untuk aksi final awal pagi Ahad ini.

“Kami datang ke sini untuk menjadi juara dunia. Semua pemain percaya ia mampu dilakukan meskipun tentangan yang bakal dihadapi nanti amat sukar,” jelas Veiga.

Kemenangan itu juga menyaksikan Palmeiras berjaya me­nebus kekecewaan edisi 2020 apabila gagal meraih tempat ketiga selepas tewas 2-3 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Al Ahly. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI