fbpx

Kuwait haramkan tayangan filem Death on the Nile

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Filem Death on the Nile diadaptasi daripada novel hasil karya Agatha Christie. - 20th Century Studios

BANDAR KUWAIT – Kerajaan Kuwait mengharamkan tayangan filem terbaharu bertajuk Death on the Nile di negara itu kerana dibintangi oleh pelakon Israel, Gal Gadot, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Menurut akhbar Al-Qabas, larangan tayangan filem yang diadaptasi daripada novel hasil karya penulis British terkenal, Agatha Christie itu dilakukan ekoran permintaan ramai di media sosial.

Pegawai negara itu berkata, Kuwait tidak akan membenarkan sebuah filem yang dibintangi oleh bekas askar Zionis ditayangkan di negara tersebut.

Gadot pernah menjalani khidmat tentera di Israel selama dua tahun sebelum memulakan kariernya sebagai pelakon.

Bekas Ratu Cantik Israel itu diketahui sering menyatakan sokongan penuh terhadap tentera Zionis secara terbuka dan melemparkan kritikan ke atas pejuang Hamas di Palestin.

Filem Death on the Nile dijadualkan mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada bulan ini. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI