fbpx
AGUERO

Tiada halangan kelab naturalisasi pemain import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANYA dua pemain import Liga Malaysia (Liga M) yang mendapat ‘sokongan’ daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mendapatkan ke­rakyatan, sekali gus menjadi bintang naturalisasi kebangsaan iaitu Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar selepas terdapat dakwaan, badan induk bola sepak negara itu menjadi orang tengah kepada beberapa lagi pemain untuk mendapatkan status natura­lisasi.

Katanya, keputusan untuk menaturalisasikan pemain import ketika ini dibuat sepenuhnya oleh kelab yang diwakili dan ia tertakluk dengan kelulusan kerajaan.

“Status kerakyatan adalah isu berkaitan di bawah Kementerian Dalam Negeri menerusi Jabatan Pendaftaran Negara dan FAM tiada kaitan dalam usaha meluluskan kerakyatan kepada pemain-pemain import di Liga M.

“Seperti Mohamadou Sumareh, Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) ketika itu yang berusaha untuk membantunya mendapatkan kerakyatan. FAM hanya melakukan proses tersebut ketika Liridon dan De Paula menerusi inisiatif program na­turalisasi sebelum ini.

“Bagaimanapun, program tersebut telah dihentikan buat sementara baru-baru ini, tetapi pada masa sama, FAM tidak menghalang jika ada mana-­mana kelab Liga M mahu melakukan perkara tersebut buat pemain import mereka,” katanya.

LEE TUCK

Difahamkan, dua pemain import yang mewakili Sri Pahang, Lee Tuck dan Sergio Aguero telah mendapatkan status naturalisasi dan boleh didaf­tarkan sebagai pemain tempatan musim ini selepas menetap lebih lima tahun di Malaysia.

Sebelum ini program naturalisasi yang dibuat FAM telah dikritik hebat susulan prestasi hambar dipamerkan oleh De Paula dan Liridon pada aksi antarabangsa tahun lalu.

Sumareh pula mencetuskan kontroversi apabila menarik diri daripada panggilan skuad kebangsaan untuk saingan Piala­ AFF Suzuki 2020 di Singa­pura, Disember tahun lepas atas alasan peribadi.

POPULAR