fbpx
ALEX (kiri) menyampaikan hadiah kepada wakil pemenang, Mat Amin Ahmad pada majlis penyampaian hadiah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jurujual menang peraduan Beli & Menang MR D.I.Y x P&G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang pembantu jualan, Nurul Salmie Hanafi, 29, membawa pulang sebuah peralatan memasak pintar, Thermomix TM6 menerusi pe­raduan anjuran peruncit pembaikan rumah, MR D.I.Y. bersama syarikat barangan pengguna, Procter & Gamble Sdn. Bhd. (P&G).

Peraduan tersebut menyaksikan lebih 500 pelanggan bertuah memenangi hadiah bernilai lebih RM80,000, termasuk telefon pintar iPhone 13 Pro, televisyen pintar 55 inci, kerusi gaming dan baucar tunai.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, sebagai peruncit tempatan, pihaknya sentiasa melihat cara baharu untuk memberi keseronokan dan ganjaran buat pelanggan.

“Ini merupakan kali ke-4 kami bekerjasama dengan P&G bagi peraduan Beli & Menang, setiap kali menawarkan hadiah yang lebih menarik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Edisi ke-5 peraduan Beli & Menang MR D.I.Y x P&G sedang berjalan dan bakal berakhir pada 28 Februari ini.

POPULAR