fbpx
Gambar hiasan

Harga dedak makin mahal jadi alasan paling ‘selamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Isu bekalan telur ayam negara yang dijangka berkurangan menjelang Ramadan kelak kononnya disebabkan peningkatan kos dan pembe­lian dedak import dilihat sebagai ‘wayang’ oleh pihak tertentu untuk menaikan harga barangan keperluan itu.

Pegawai Penyelidik, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N. V. Subbarow berkata, ini kemungkinan dianggap sebagai alasan ‘selamat’ pihak terbabit rentetan trend kenaikan harga pelbagai barangan keperluan lain sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, pihak pengeluar barangan asasi itu perlu menunjukkan bukti kenaikan mendadak harga makanan ruminan import termasuk cukai pembelian yang dikenakan untuk dianalisa dan bukannya sekadar memberi alasan pokok.

“Ini macam satu penyakit. Harga barang akan naik setiap kali menjelang perayaan.

“Siapa pun tak boleh tahan dengan isu kenaikan barangan keperluan ini.

“Tunjuk bukti cukai kenaikan dedak import itu, kerajaan mungkin boleh bantu selesaikannya.

“Tidak perlu import dedak dari luar negara.

“Semua orang boleh bercakap dan beri alasan kenapa berlakunya kenaikan kos.

“Jangan bebankan pengguna lagi. Ketika ini ramai rakyat terkesan termasuk hilang kerja akibat pandemik, waktu ini jugalah hendak beri alasan telur dijangka berkurangan menjelang pera­yaan sehingga terdesak naikkan harga,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Dalam pada itu katanya, pihak penternak ayam penelur mahupun persatuan sepatutnya berbincang dengan pihak kerajaan dan persatuan pengguna bagi mencari penyelesaian masalah ini.

“Kerajaan tidak sepatutnya memberi lampu hijau kepada pihak terbabit berhubung pelaksanaan subsidi telur kerana bimbang mendatangkan kemudaratan seperti bekalan minyak masak peket bersubsidi.

“Sekiranya harga telur masih tinggi, pengguna mempu­nyai kuasa untuk memboikot pembeli­an telur. Kita makan sahaja makanan lain,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN