fbpx
bersedekah beri manfaat kepada umat Islam dalam segala hal. – Gambar hiasan

Tak jumpa pemiutang, boleh bersedekah ikut kadar hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Jika berhutang wang dalam jumlah tertentu dengan seseorang, kemudian orang itu berpindah dan pelbagai cara dilakukan untuk mencarinya, namun menemui jalan buntu. Bagaimana cara untuk saya membayar hutang tersebut?

Jawapan:
Jika seseorang berhutang dengan niat untuk membayar kembali dan tidak sengaja melewatkan pembayarannya, maka dia tidak berdosa.
Jika sebaliknya, iaitu sengaja melewatkan pembayaran padahal mampu sehingga pemiutang (pemberi hutang) berpindah, maka ia termasuk dalam sabda Nabi s.a.w: “Melewatkan pembayaran hutang oleh orang yang mampu adalah satu kezaliman”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ertinya dosa tersebut akan dibawa pada Hari Kiamat sebagai satu kezaliman kepada diri si pemiutang.
Jika seseorang ingin membayar hutang, tetapi tidak ditemui pemiutang, dia hendaklah berusaha semampunya untuk mencarinya. Jika dia telah usaha, tiada jalan untuk mengetahui di mana pemiutang itu, maka para ulama yang membahaskan bab ini mencadangkan untuk dia bersedekah dengan kadar hutang berkenaan. Pahala sedekah itu diniatkan untuk pemiutang.
Jika suatu hari, pemiutang datang menuntut hutangnya setelah sedekah dilakukan, orang yang berhutang boleh memaklumkan kepadanya bahawa jumlah tersebut telah disedekahkan. Jika dia bersetuju dengan hal itu, maka hutang itu dianggap langsai.
Jika dia tidak bersetuju dan menuntut kembali hutangnya, maka hendaklah dibayar kembali hutang tersebut. Adapun sedekah sebelum itu pahalanya kembali kepada pihak yang berhutang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN