fbpx

Muzium angkasa lepas dinamakan sempena nama Jeff Bezos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUZIUM Angkasa dan Udara Smithsonian dilaporkan sedang dalam proses membaik pulih. - The Washington Post/Getty

WASHINGTON – Bilionair Jeff Bezos dilaporkan membayar sebanyak AS$200 juta (RM837.1 juta) untuk menamakan cawangan baharu Muzium Angkasa dan Udara Smithsonian sempena namanya walaupun hanya sekali sahaja ke angkasa lepas,lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Mengikut syarat perjanjian yang diperoleh oleh laman MarketWatch, pengasas syarikat Amazon itu akan memaparkan namanya di Pusat Pembelajaran Bezos yang baharu dan beberapa lokasi lain di sekitar muzium itu selama sekurang-kurangnya 50 tahun kerana sumbangan itu dipercayai salah satu yang terbesar pernah diterima.

Turut dilaporkan bahawa perjanjian itu membenarkan muzium tersebut untuk menghentikan hak penamaan sekiranya Jeff Bezos terlibat dengan kontroversi.

Perjanjian hak penamaan itu telah diluluskan oleh ahli-ahli lembaga muzium yang turut dianggotai Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris.

Rancangan penubuhan Pusat Pembelajaran Bezos telah diumumkan pada musim panas lalu.

Kini dilaporkan bahawa bilionair itu akan menambah sebanyak AS$70 juta (RM292.99 juta) sebagai peruntukan untuk mengubah suai Muzium Angkasa dan Udara Negara di Washington.

Seorang jurucakap dari muzium Smithsonian memberitahu akhbar The New York Post bahawa Bezos tidak membuat sebarang tuntutan mengenai hak penamaan.

“Ini merupakan perjanjian standard yang dibuat sebagai hadiah kepada pendermaan seperti ini,’’ katanya.

Pusat pembelajaran itu akan menampilkan program-program dan aktiviti yang akan memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk meneruskan inovasi dan meneroka kerjaya dalam bidang STEAM (sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik).

Nama Bezos akan digunakan pada muzium itu dengan segera walaupun tidak akan dibina sepenuhnya dalam beberapa tempoh akan datang mengikut perjanjian itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI