fbpx

Respect FC sasar naik Liga Premier 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZ memikul tanggungjawab selaku ketua pasukan ketika menentang Kedah dalam aksi persahabatan baru-baru ini. - RESPECT FC

PETALING JAYA – Adunan pemain berpengalaman dan bakat meningkat naik menjadi taruhan kelab bola sepak Respect FC menghadapi kempen Liga M3 musim ini anjuran Liga Bola Sepak Amatur (AFL) yang akan membuka tirainya pada 12 Februari nanti.

Pasukan yang berpangkalan di Ipoh itu diperkuatkan dengan kehadiran beberapa pemain berpengalaman luas yang pernah mewarnai kancah liga bola sepak tertinggi tanah air.

Antara tenaga diharapkan dapat memberikan sumbangan berkesan buat Respect FC ialah R. Surendren, Mohd. Hafiz Kamal, Mohd. Nazrin Nawi, Mohd. Fazrul Hazli Mohd. Kadri, Abdul Aziz Ismail, Hamizul Izaidi Zulkifli dan Khairul Amri Salehuddin.

Malah, Respect FC turut dibarisi pemain-pemain yang berpengalaman beraksi di pentas Liga Super, Liga Premier dan Piala Presiden.

Sehubungan dengan kualiti baik dimiliki, pengurusan Respect FC turut meletakkan harapan tinggi dengan menyasarkan untuk melayakkan diri ke saingan Liga Premier 2023.

Berdasarkan undian baru-baru ini, Respect FC diundi dalam Kumpulan B bersama Perlis United, Tok Janggut Warriors FC, Harini KS FC, Kijang Rangers FC, BRM FC, Kuala Lumpur Rovers FC, Bukit Tambun FC, PIB FC dan Real Chukai FC.

Aski pertama menyaksikan Respect FC melayani kunjungan BRM FC yang turut berpangkalan di Perak, BRM FC pada perlawanan akan berlangsung di Kompleks Bola Sepak Perak, Chemor pada 12 Februari ini.

Sebagai rekod, Respect FC setakat ini sudah melakukan empat aksi persahabatan sepanjang bulan lepas menentang Manjung City FC yang berkesudahan seri 2-2 pada 14 Januari lalu diikuti kekalahan 1-3 kepada Penang (22 Januari), 0-1 di tangan Projek FAM/MSN (25 Januari) dan 0-5 terhadap Kedah Darul Aman FC (30 Januari). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI