fbpx

Henti warnakan bulu burung merpati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyifatkan tindakan seorang peniaga mewarnakan bulu burung merpati dengan pelbagai warna sebagai satu bentuk keganasan terhadap haiwan.

Sehubungan itu, Presiden SAM, R.Meenakshi berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual burung merpati yang digelar sebagai merpati pelangi itu dengan segera.

“SAM membantah sekeras-kerasnya amalan seorang peniaga dekat Tumpat, Kelantan yang menjual burung merpati yang diwarnakan dengan warna pelangi.

“Ini kerana tindakan tersebut adalah satu tindakan keganasan terhadap haiwan kerana merpati secara semula jadi mempunyai pigmen di seluruh badan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Meenakshi, meletakkan cat sintetik pada bulu burung merpati akan menjejaskan persekitaran semula jadi kepada haiwan berkenaan.

“Merpati yang dicat tidak berpeluang untuk menyertai merpati lain secara bebas, menyapu pewarna kimia pada merpati mengganggu keadaan semula jadi haiwan ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI