fbpx

100 penduduk minta Unifi di Machang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafiz (kiri) menyerahkan borang senarai nama penduduk yang memohon perkhidmatan Unifi kepada Fakaaruddin di Machang semalam.

MACHANG – Hampir 100 buah rumah sekitar Kampung Kemuning di sini hari ini menyeru pihak Telekom Malaysia Bhd. (TM) untuk mempermudahkan urusan pemasangan kabel bagi kemudahan jalur lebar di kawasan tersebut.

Wakil penduduk, Hafiz Hasbullah, 37,berkata, pihak penduduk telah beberapa kali memohon secara elok dengan TM Malaysia cawangan Machang sebelum ini namun sampai sekarang masih tiada jawapan.

“Bukan benda baru, sudah bertahun kami mohon. Capaian internet di kawasan ini sangat teruk, hampir 100 buah rumah mohon pakej Unifi sepatutnya TM dah datang pasang.

“Kampung kami bukan jauh dari bandar Machang, sekitar 2 kilometer sahaja. Ramai golongan di sini adalah guru, pelajar dan pekerja-pekerja yang memerlukan internet,” jelasnya ketika menyerahkan permohonan kepada Ketua Pemuda UMNO bahagian Machang semalam.

Tambahnya, kali ini pihak penduduk cuba menggunakan bantuan daripada pejabat Ahli Parlimen Machang selepas beberapa kali memohon pemasangan Unifi sebelum ini.

Dalam pada itu, bagi Ketua Pemuda UMNO Machang, Mohd. Fakaaruddin Ismail berkata, jalur lebar ketika ini amat penting dan sudah dianggap sebagai keperluan bagi penduduk.

“Saya akan cuba sedaya upaya dan akan salurkan permintaan penduduk di sini kepada Ahli Parlimen, Datuk Jazlan Yaacob bagi urusan seterusnya.

“Masalah yang dihadapi penduduk kawasan ini sebenarnya sudah lama, namun tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak TM Malaysia,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI